PENGALAMAN PESERTA-PESERTA BLOGGER HUNTER

Aku Juara Akademi BH (by lubukzai)
Aku Seorang Penyiasat (by Mohd Nasri)
Aku Blogger Hunter (by Miszmama)
MAKAN BLOG, TDO BLOG, MANDI BLOG... (by Totshouse)
Demam BloggerHunter09 Contest dah kebah (by TentangKita)
Blogger Hunter Contest 5-7 Jun 2009 (by Ieda)
Pemburu Blog Jadian (by Kimiadanaku)
BLOG HUNTER - EXPERIENCES AND WIN !!! (by Factsandweirds)<
Blogger Hunter @ HantU??? (by Akuorangjawe)
Mission is Complete (by Our Crazy)







Aku Juara Akademi BH
(by lubukzai)

Hari ni aku menerima satu berita gembira,apabila nama aku di umumkan sebagai juara untuk contest Blogger Hunter anjuran 'FCU COMMUNITY'.Berita ni jugak di anggap satu kejutan budaya buat aku,kerana aku masih lagi baru dalam bidang² contest ni dan tak meletakkan sasaran untuk pemenang no1 pun(ye ker?).Tapi yang paling bes nyer,aku menjadi juara yg pertama di contest pertama anjuran 'FCU COMMUNITY' sejak ia di tubuhkan.Lepas ni tidak syak lagi, nama aku akan terpahat di tugu 'Kami Blogger' seperti di tugu² sejarah yang terdapat di Malaysia kerana menjadi juara contest pertama mereka..(hehe..pandai² jer)Ok,jom tengok hadiah² yang bakal aku terima untuk juara contest Blogger Hunter ni..

Kalau korang tengok hadiah² kat atas ni lumayan tak?Bagi aku ianya cukup lumayan dan berbaloi-baloi..hehe.Terima kasih buat semua penaja² hadiah,terutama sekali pada 'FCU COMMUNITY' yang bertungkus lumus menjayakan contest ini supaya berjalan dengan lancar dan tabalkan aku sebagai juara Blogger Hunter.Akhir sekali aku nak berterima kasih jugak untuk semua peserta² yg join contest ini dengan ucapan,hari ni hari aku,esok² hari korang pulak..betul3x.

Back to the Top

AKU SEORANG PENYIASAT (by Mohd Nasri)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini ada beberapa perkara yang aku lakukan dan ianya berjalan dengan lancar..hehe. Pertama, keputusan rasmi bagi pemenang pertandingan Blogger Hunter yang dianjurkan oleh KAMI Blogger sudah keluar pada pukul 6 pagi. Aku memang tabik hormat pada semua krew FCU yang bertungkus lumus memastikan pertandingan ini berjalan lancar walaupun mereka terpaksa menjawab soalan demi soalan yang diajukan oleh para peserta supaya mereka tidak tersesat jalan. Peserta pula ada lebih kurang 80 orang manakala soalan-soalan yang perlu dijawab oleh peserta termasuklah aku ada 227 soalan yang datang daripada blog-blog yang didaftarkan di bawah KAMI Blogger. Mari lihat kedudukan aku..hehe

Terima kasih aku ucapkan kepada semua orang yang sentiasa menghantarkan undian kepada aku. Aku amat terharu..haha. Sebenarnya pertandingan seperti ini merupakan kali kedua aku masuk. Kali pertama aku masuk contest anjuran blog Nagaperang yang soalannya memerlukan aku untuk menggodek blognya. Bezanya hanyalah Blogger Hunter ini memerlukan aku untuk menggodek berpuluh-puluh blog yang berlainan rasa, wajah dan kandungan. Kadang-kadang, Mozilla Firefox yang aku sanjungi ini asyiklah beku (freeze) bila buka beberapa blog..hehe. Macam-macam jenis blog yang aku jumpa. Ada yang jual barang, ada yang blognya pasal jeruk (uishhh), ada blog pasal kesihatan, ada blog pasal peribadi, ada blog mengenai kehidupana seorang mama..hehe. Disamping aku menyertai contest ini, aku dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara blogger walaupun jumpa di alam maya sahaja. Mana tahu kemudian harinya diadakan pula perjumpaan blogger di alam realiti..hehe.

Ok, itu mengenai pengalaman aku. Mengenai hadiah pula, hadiahnya memang lumayan. Ini hadiah untuk aku..hehe


Sesudah aku kira, hadiah ini semua berjumlah RM206.90 tidak termasuk tapak pengiklanan kerana ianya percuma..hehe. Kamu semua yang belum join lagi komuniti FCU atau dikenali sebagai KAMI Blogger, bolehlah mendaftar sekarang kerana ianya percuma dan banyak lagi contest yang akan berlangsung di masa hadapan. Tak percaya? Boleh tengok di sidebar blog aku yang bertajuk "Komuniti FCU"..hehe

Satu lagi benda yang aku buat hari ini ialah pergi hospital untuk mendapatkan rawatan akupuntur. Bukan akupuntur tetapi akutumbuk. Aku dipaksa menumbuk tanah liat itu supaya jari aku boleh genggam dengan sempurna..hehe


Back to the Top


Aku Blogger Hunter (by miszmama)

Akhirnya pertandingan blogger hunter telah bermula pada hari jumaat lepas. Semua ahli2 yang telah berdaftar boleh mengambil bahagian. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari (jumaat 8pagi - Ahad 11 malam) sungguh lah bestnya. Aku pun dengan semangat berkobar-kobar nak amik jugak bahagian..yelah, sape yang tak meleleh air liur (apedaa..) tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan. Yang paling menarik tentulah hadiah untuk tempat pertama..hadiah untuk tempat pertama bernilai lebih dari rm270..fuyooo!

Maka pade pagi jumaat lepas aku pun mulelah start menjawab soklan sebanyak 289 soklan yang didermakan oleh ahli2 kami blogger..jawapan untuk soalan2 tu ade kat dalam blog si tuan punya soalan ni. Jadi aku pun pegilah ke setiap umah org nak mencarik jawapan2 tu.. Maka berjumpalah aku dengan bebagai spesies umah..ade yang comel, ade yang kiut, ade yang cam korporat, ade yang ibu2, remaja a.k.a budak skolah, ade yang tengah tanam anggur (penganggur)..pendek kate macam-macam ada.. n banyak jugak info yang aku tak tau selama ini aku dapat.. sampai kan aku masuk kat satu blog yang buat tutorial untuk D.I.Y alat2 motor..hadoyaii..penin aku..

Cabaran tu memanglah banyak..penin pala antaranya..internet dah lah lambat macam siputkhinzir..kena plak kalu masuk blog yg banyak widget..nak tunggu loading, sempat aku g mandikan jemmy ngan dekna dulu. Ade jugak, yang blog penuh dengan iklan banner..liplap sane liplap sini..pastu masuk plak kat blog yang jual cuppycakes..yummy. ade jugak blog yang jual jeruk..mak aiii, kecur jadinya..godaan sume tu.

Pada hari pertama pertandingan aku berada di ranking yang ke-11. hehehe..aku just hantar 39 soklan dari 289. itu je yang aku mampu..lagipun aku nak tengok market dulu..hehehe..
Dan pada hari ke-2 pertandingan aku berada di ranking PERTAMA. Alhamdulillah.. Terima kasih untuk Papa sebab uruskan anak2 semalam..ade can nak ngadap lappy je.

Pada hari ini (hari terakhir) aku tak kisah berada di kedudukan berapa pun sebab aku tau sume peserta sedang bertungkus lumus sekarang. Dan yang paling best bout this contes, top 20 pun dapat hadiah yang bernilai RM66. So, dapat tempat ke 19 pun dah syukur..

Ini adalah pertandingan pertama yang di anjurkan oleh KAMI BLOGGER. Banyak lagi pertandingan yang akan di anjurkan antaranya. Amazing Race, Team Builder dan Blogshop Challenge.. Dan tak lame lagi ade karnival blogger..Yahooo! Sape2 yang belum join bleh lah join ye..seronok gilee.. Sape2 yang nak join bolehlah klik kat banner KAMI BLOGGER yang kat tepi sidebar ku ini..okerr.. PERCUMA jeee.

Back to the Top


MAKAN BLOG, TDO BLOG, MANDI BLOG...
(by Totshouse)

Nilah first time TOTSHOUSE main treasure hunt kat intenet ni, tu pun setelah my sis BEAUTYSHAWLS beriya2 mengajaknyer.Manalah tau, ada rejeki den.TOTSHOUSE sebenarnya tgh cuti bersalin,baby baru umur 45 hari, tp mamanyer sebuk main treasure hunt. Nasib baik baby bagi chance.

Dah daftar semua, ketaq gak lutut ni, tgokkan peserta, mak aii, ramainyer. Agaknyer, aku dpt nombor brapa ek? Tak pa lah, cuba nasib. Mana tau rezeki anak. So, me, myself n I pun, daftar la. Plan dgn BEUTYSHAWLS, nk kongsi jawapan nanti. Dengan tektik separa kotor, kami guna empat kepala otak utk siapkan semua jawapan dlm masa satu hari. Ingatkan ada soalan lain, esoknya. Rupanya, 227 soalan tu, semua dah ler. ehhe...kepala otak TOTSHOUSE, BEAUTY SHAWLS dan dua lagi kepala otak CHOKI n KAK MIRA (tq to you).

Walaupun share jawapan, TOTSHOUSE dpt nombot 7, tp BEUTYSHAWLS dpt no.3, Sebabnya, kes soalan teka teki yang sgt mencabar itu, Ditambah pulak dgn jawapan suka hati aku, yg kakak aku tak setuju. COntohnya, warna kontroversi...aku suka warna kuning, aku letak jelah kuning. Malas nk carik...ehhehehe....

Walaubagaimanapun, tahniah kepada Zai yg guna satu otak je, berbanding kami kami. Kira hebat la lu. TABIK SPRING ROLL SKETTT! Kebetulan, masa contest, kenduri kawen sepupu aku EKIN@SYAZILI, bukan EKIN @ MAWI...congrates to all top 20. Jgn putus asa, yg penting KITA HAPPY.

Lepas contest ni, aku rasa semakin rapat dgn my sis n 2 lagi otak yg lain. Syok dpt kerjasama n ketawa sama2 bila baca blog org. Yang tak tahan kelakar, yg cerita pasal nk pinjam duit RM10 kat ATM machine. kah kah kah....so FCU TEAM, keep up your good work, walaupun 17 tahun si Faiz ni, tp otaknya geliga macam org 70 tahun. Kenalkan la diri korang, pos la gambar ke, baru kitaorg nampak orgnya, walaupun di maya pada ini.

TAHNIAH FCU TEAM...

Back to the Top

Demam BloggerHunter09 Contest dah kebah
(by TentangKita)

Salam Isnin,

Saat bertukar minit, minit bertukar jam. Sekejap sangat masa berlalu. Nampaknya, BloggerHunter09 Contest pun dah berakhir semalam.

Keputusan sudah dibuat. Para pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sudah diketahui. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi tahniah kepada para pemenang. Saya pasti usaha mereka lebih gigih daripada saya sebab saya hanya berjaya meraih tempat ketujuh.

Tujuh? Ya lah, tujuh? Kenapa? Tak percaya kah?

Nasib baik lucky number saya. Saya suka nombor tujuh sebab:

1. Tujuh adalah satu-satunya nombor yang ada dalam perumpamaan - "The Magnificient 7".

2. Ada 7 lapis bumi dan 7 lapis langit.

3. Dunia ini dijadikan oleh Allah dalam masa 7 hari.

4. Ada 7 benda ajaib di dunia (salah satunya adalah saya, hehe).

5. Kita pun hidup 7 hari (yalah, hari Isnin hingga hari Ahad).

6. Kami adik-beradik 5 orang campur mama dan bapa jadi 7 orang.

Itu sahaja yang saya ingat setakat ini kenapa saya suka nombor tujuh. Kalau ada tambahan, kemudianlah ya.

Eh! Macam tempat kelapan je, tempat ketujuh tu keputusan semalam lah

Ye ke? Alahai, takpe lah kelapan pun ok apa, kalau orang Cina kata nombor 8 ada ong maaa, hehe... Tambahan pula nama saya ada 8 abjad semuanya. Kira ok lah tu, kan?

Pengalaman semasa menerjah blog mencari jawapan untuk BloggerHunter09 Contest?

Pengalaman yang sungguh mengujakan dan menyeronokkan kerana saya dapat melihat kehebatan manusia terutama sekali orang-orang Malaysia dalam mengadaptasikan diri dengan dunia Internet dan blogging. Saya dapat melihat kreativiti makhluk yang diciptakan oleh Allah iaitu manusia dalam menghasilkan satu masterpiece iaitu blog. Sungguh hebat! Tahniah kepada mereka semua.

Ada pengalaman yang menyedihkan tak?

Sedih? Sedih tak adalah cuma marah campur geram kerana ada satu ketika itu, saya menerjah satu blog dengan tujuan mencari jawapan dan saya tinggalkan jejak kat shout mix dia dengan mengatakan soalan yang dia berikan agak susah hendak dicari jawapannya. Alih-alih dia jawab lebih kurang begini "Soklan tu FCU yang buat... aapadaa...". Dengan mata yang semakin juling sebab bersusah payah klik sana-sini kat blog dia ditambahkan pula dengan 'kata-kata manis' dia ini, saya rasa darah dah mula merayap naik kat atas muka saya nasib baik tak meletup saja.

Saya pun bagi jawapan lebih kurang begini "U mrh ke? Mana saya tau soklan tu FCU yang buat sbb kitorang kena reka soklan sendiri, lain kali cakap bebaik skit blh tak?". Selepas itu, saya tidak dapat melihat jawapannya dan kata-kata saya tadi sebabnya sudah dipadam daripada shout mix.

Apa komen terhadap insiden ini?

Komen? Saya tak nak komen banyak. Saya cuma nak katakan dan tekankan bahawa walau pun kita berinteraksi dalam Internet dan kita tidak bersemuka, adab sopan dan kesantunan harus dipelihara. Kita harus menjaga tatasusila walau pun ketika berborak dalam chat box. Saya tidak tahu orang lain, tetapi saya melihat keperibadian seseorang itu melalui interaksi saya dengan beliau walau pun dalam chat box.

Kata-kata yang ditaip adalah lahir daripada hati dan pemikiran si penaip. Kalau nilai dalaman dirinya positif, maka yang diluahkan juga positif dan begitulah sebaliknya. Apa pun, kita kena balik kepada persoalan nilai yang kita sematkan di dalam diri dan hati kita. Nilai inilah yang akan menyerlahkan keperibadian dan personaliti kita.

Errr... boleh tahan panjang komen ni, kata tak nak komen banyak?

Hehe... ikut suka hati sayalah, ini kan blog saya hahahahahaha

Boleh nyatakan tak URL blog yang dimaksudkan tu?

Tidak perlu saya sebutkan di sini. Saya sangat mengharapkan catatan ini dibaca oleh pemilik blog tersebut dan pesanan saya untuk beliau - "Lu pikirlah sendiri!".

Macam bunyi nak gaduh je, bawa-bawalah bersabar ye

Sememangnya, kesabaran adalah penawar kemarahan. Kalau saya tak sabar, saya dah sebutkan dah URL blog tu, lepas tu saya canangkan ke sana ke mari biar sampai blog dia tutup, baru padan muka dia muahahahahahahaha, tetapi saya bukannya manusia yang sebegitu. Biarlah dia mengambil iktibar ke atas apa yang berlaku.

Bermaafanlah kerana itulah yang terbaik

Maaf? Sebelum saya masuk tidur malam tadi saya sudah maafkan dia, walaupun pada hakikatnya tuan yang berkata-kata itu tidak ada memohon maaf. Saya tidak mahu hati saya jadi hitam dan keras macam batu kerana menyimpan dendam, tambahan pula memberi kemaafan adalah salah satu cara untuk kita menyucikan hati.


Tahniah sekali lagi kepada yang menang dan dapat hadiah walau pun sebenarnya, semua yang menyertai pertandingan ini adalah pemenang sebab kami sudah mencuba sedaya upaya menjawab soalan-soalan yang diberikan. Untuk menjawab soalan-soalan ini pada pendapat saya memerlukan kesabaran dan kreativiti si pencari jawapan.


Ada lagi tak pertandingan ni pada masa akan datang?


Pasal itu, saya tidak tahu nak cakap apa, kena tanya FCU lah kot selaku penganjur. FCU, what say u?


Apalah saya melalut pepagi Isnin ni, hehe... belum sarapan kot, itulah pasal.

Salam ceria semua, jumpa lagi!

Back to the Top



Blogger Hunter Contest 5-7 Jun 2009
(by Ieda)

Pihak 'Kami Bloggers' telah m'anjurkan Blogger Hunters Contest bermula pd 5-7 Jun 2009..Sbnyk 227 soalan pilihan & 12 soalan wajib drp rakan2 Blogger yg mendaftar utk contest di 'Kami Blogger' yg perlu dijawab oleh para peserta..
Sy jg m'ambil bahagian di dalam contest ini..Sngt penat menjawab soalan2 ini yg sy rs lebih susah drp soalan SPM sy dulu..Phewwww..!
InsyaAllah..Keputusan sepenuhnya dpt diketahui tgh mlm nnt..
Namun yg penting dgn adanya contest seumpama ini dpt menjalin silaturrahim antara rakan2 Blogger yg lain..InsyaAllah..
Sama2 kita menyemai ukhwah mahabbah fillah..InsyaAllah..

Footnote:Letih lowrr..Zzzzzz..
(Hehehe..Dpt #10 je.. :)
Thanks ye tuk sponsor2 baik hati yg sponsor kn adiah tuk kitorg..!

Back to the Top

Pemburu Blog Jadian
(by Kimiadanaku)

Salam semua...pagi cuti Isnin yang tenang dan seronok.nape ye,haha..buat kali 100 pertamanya Paatz berjaya mendapat hadiah dari contest2 di alam maya ni..seronoknyeee..he,walaupun menang saguhati.Contest Blogger Hunter yang dianjurkan oleh saudara Faiz(dan team2nya yang besh) bermula 5 Jun lalu dan berakhir semalam...jom baca kisah "Pemburu Blog Jadian"

p/s-tahniah pada pemenang2 yang lain...=)

Back to the Top


BLOG HUNTER - EXPERIENCES AND WIN !!!

(by Factsandweirds)

Recently, I enter one Contest called as Blog Hunter which is organized by FCUTEAM. All the sponsors are the local blogger who are the owner of FCU Miracle Blog, Home Decoonline blog, Anisshop Blog and Daus Via Entertainment Blog.

In fact,this competition involved several phases which required participant to face it patiently and calm. I'm the one participant that very patient and of calm down when searching the answers.

During seeking the answers, there were some difficulty I faced. For example:
  1. Blog - there are several blog that need to wholly read before you can found the answers.
  2. Time - I have no time to read all the blog, so i decided to choose certain question to be answered
  3. Period - I do searching in one day only for answering 74 questions.
  4. Connection - Because I have a basic streamyx,so the internet is slower so, if the blog is so heavy, I will wait it until it finish loading.
  5. PC - Because I share PC with my wife, so I can not do searching the answers all of the time. So, I had a minimal time to complete the questions.
Lastly, I think this is a part of difficulty that I had faced. But I think experiences of reading others blog make me more informative and know how to meet users requirement in order to enhance my blog. I am glad that I am one of 20 winners. Syukran. Thanks to all blogger that visit my blog and please fill free to visit my new blogshop http://www.ebiogreen.blogspot.com/

Back to the Top


Blogger Hunter @ HantU???
(by akuorangjawe)

Salam semua...ha..baru2 ni aku ade join komuniti blogger n komuniti ni agak gempak la...kat Kami Blogger ni ade mcm2 benda dan salah satu yg menarik ialah contest Blogger Hunter.. semua peserta kena jawab soalan sebanyak mane yang boleh tentang blog2 peserta.. memang penin pale r nak jawab.. soklan memang ade yang mengarut, da la tulisan blink2...haha.. mmg besh... n yang bestnyer no 1 smpai 20 dapat hadiah... pendek citer, aku dapat no 18..
kire orait la kan dapat gak hadiah..huhu kepade mane2 blogger yang blom join komuniti hi hope dapat join selain dapat mengukuhkan ukhwah antara blogger.. sekian... wassalam

Back to the Top


Mission is Complete
(by Our Crazy)

Kami Blogger br je slesai wat pertandingan yg dinamakan 'blogger hunter'. namapon blogger hunter dah nmpak interesting kan. So aku pon joinlah aktiviti ni yang telah berlangsung pada 5-7 jun...arinih aku nak share pengalaman aku ketika pertandingan niyh berlangsung.

5 JUN 2009
sepatutnya pada jam 8 mlm lg aku dah ada kat dpn PC..tp disebabkan makcik,pkcik aku bersama anak2nye yg dari Sarawak dtg bercuti ke KL..pd ari jumaat tuh lah aku,k.ima,k.ekin n izam awal2 pagi lg dah pergi ke KL utk jumpa nan dorunk seme. dr pg smpai petang kteorg kluar area KL..n bila dah mlm..makcik aku ajk kteorg tido kat hotel je. esk br blk...so melepaslah aku nak start jwb soklan.

6 JUN 2009
pada pukul 9 pagi aku sampai rumah. aku tros tepikir nak on9. Pada masa yg sama gak sbenanye monitor rumah aku rosak...kalo nak gne laptop kkk aku boleh je. tp kne install dulu lah...so nak install pon kne amek mase gak.. dah abes install seme tuh. aku pon meneruskanlah misi aku utk "blogger hunter"..yeh! mula2 okeylah..pastuh line intenet bengong lak. bila nak connect blk..mesti kne restart blk. waahaa ape kes?? mmg banyak kali lah aku tepakse restart blk laptop tuh.

7 JUN 2009
time aku dok menghadap laptop ngan line yg asyik K.O je..tetibe pd petang(kol 2 camtuh) abg aku bwk blk monitor br. hemm.. so peluang aku utk trskan n siapkan soklan BH smakin baek. tapi aku still xleh dok depan PC coz kol 4 kteorg(family aku) kne ade kat extreme park nak men Futsal...abes futsal kol 5 tp kteorg xtrs blk..sggh minum2 then tetiba kazen n kkk aku nak men wallclimbing. nak kat magrib brlah blk...sblom aku nak trskan misi aku niyh,kne lah besihkan diri dulu. dugaan lg yg aku kne hadapi..bila semua area umah aku xdek air coz ade paip bocor..*dush2* so tepaksa lah aku mndi tmpat len.

dlm kol 9 camtu br lah aku berpeluang utk on9...ade lg 2jam utk aku meneruskan misi aku..dlm kol 10 lebey camtu...aku dah siapkan 180 soklan dr 227 soklan. lg skali aku terima dugaan...tetiba PC aku blackout lak. adoii. then bila bukak blk..semenye dah ilang dah. nak give up dah aku waktu tuh. tp xpelah aku pon saje2 wat blk seberapa byk soklan dlm masa 20minit je lg sblom contest tamat. xbyk lah soklan yg aku dpt wat..tp aku hantarje lah..sekurang2 nye aku terlibatlah dlm contest niyh en! menang xmenang janji aku dpt byk pengalaman wktuh mencari jwpn bg soklan2 yg "pening" aku dbwatnye. haha

8 JUN 2009
keputusan telah dipaparkan di ''blogger hunter"..happy jugaklah aku bila aku tersenarai dlm top20. xsia2 jgklah aku wat blk soklan2 BH w'pon xbyk..heee. ni lah pengalaman first aku msk contest kat intenet niyh. ape2pon aku tabiklah kat 'Faiz' org yg cipta "KAMI BLOGGER". Anda mmg kretif!THANX FCU TEAM.=D

congratz kat korunk sme yg menang! sape nak ade pengalaman yg best..jom join kami blogger.. skunk gak..okeyh...gerenti best punyalah.
MISSION COMPLETE^_^



Back to the Top

0 comments: